foodbank

Tukar bearing tensioner civic

Sebenarnya tensioner bearing civic aku dah start bunyi masa aku masih servis kat servis center.

Tapi time tu macam sikit je bunyi.

Dan kos agak tak mesra poket. 
1.5k tuuu

So aku cuba la tanya kawan aku, dia cakap maybe belting je longgar. So tukar la belting. 

And yes memang belting aku kebetulan crack. So aku tukar la. Member aku tolong buatkan. Total beli belt dlm rm130, dan pasang aku bagi rm20 kat member 🫣.

Selepas beberapa minggu, dalam3 minggu, bunyi tikus tu datang balik.

Selepas BEBERAPA bulan (rasanya almost setahun tapi tak sampai setahun) bunyi tensioner bearing tu makin konsisten dan kuat.

So aku pun tanya2 la bengkel luar.

Bengkel tu cakap, kena tukar sebab takut nanti effect kat water pump.

Aku punya sifat skeptical pun macam percaya tak percaya je.

Boleh jadi dia nak sembelih je.

Tapi aku pun ada side fikir logik, maybe la betul. So aku cuba cari reason kat AI.

AI cakap WAJIB tukar ye.

Terus aku roger bengkel tu dan buat appointment nak datang esoknya.

Takde la mahal mana, rm480 siap pasang ye. Jauh beza ngan honda servis centre. Rm1500-rm480.

Rm480 tu sebab tak tukar belt. Kan aku baru tukar belt aritu kan? And yes belt masih ok.

Dan ada 1 skru yang tak ditukar. Bengkel tu cakap skru tu rm20.

Memandangkan skru aku masih ok, so bengkel tu kata tak perlu tukar.

So itulah kos nak tukar tensioner bearing civic FC rm480 sahaja.
cuba la buat tampa tajuk.
ni kira dic.

t

Dah le post pertama, tak bagi tajuk pulak. Tengok le apa jadi.
siap enter.